Tuesday 15 November 2011

Tatapan Hari Ini

Tok! Tok! Tok!...
Minggu-minggu akhir persekolahan memang amat sibuk dan memenatkan sehingga terbengkalai dan terabai tugasan Teknologi Maklumat Sekolah Rendah yang telah diberi ini. Minggu lalu kursus, minggu ni kursus, minggu depan lagi kursus. Mesyuarat Pengurusan, Kursus Dalaman, Majlis Anugerah Kecemerlangan, Hari Pelanggan, Tandatangan Buku Rekod, lain-lain program sekolah... Aduhai...
Mohon maaf kepada pengunjung-pengunjung dan rakan PPG kerana blog tidak sempat untuk di'update' sebagai tatapan semua.. Apapun, jangan risau sebab selepas sahaja usai persekolahan, blog ini akan diutamakan 100%. JANJI!
Item-item pentaksiran yang dibina semasa menghadiri kursus baru-baru ini akan saya kongsikan kepada rakan-rakan opsyen sedikit hari lagi. Boleh digunakan untuk mentaksir murid-murid Tahun 2 pada tahun hadapan. Semoga blog ini sedikit sebanyak membantu anda semua.
Jumpa lagi...

No comments:

Post a Comment