Sunday 20 November 2011

TERKINI DARIPADA SAYA...

Hari ini, beberapa bahan telah saya masukkan ke dalam halaman-halaman dalam blog saya seperti Dokumen Standard KSSR, Standard Prestasi KSSR, contoh borang-borang pentaksiran, contoh item-item pentaksiran mengikut Band, konsep Muzik, contoh Rancangan Pengajaran Tahunan, format Rancangan Pengajaran Harian untuk KSSR dan banyak lagi.. Semuanya mengikut tahun/darjah..
JOMLah jenguk-jenguk blog saya.
Semoga dapat membantu sedikit sebanyak rakan-rakan sekalian terutamanya rakan opsyen..

Tuesday 15 November 2011

Tatapan Hari Ini

Tok! Tok! Tok!...
Minggu-minggu akhir persekolahan memang amat sibuk dan memenatkan sehingga terbengkalai dan terabai tugasan Teknologi Maklumat Sekolah Rendah yang telah diberi ini. Minggu lalu kursus, minggu ni kursus, minggu depan lagi kursus. Mesyuarat Pengurusan, Kursus Dalaman, Majlis Anugerah Kecemerlangan, Hari Pelanggan, Tandatangan Buku Rekod, lain-lain program sekolah... Aduhai...
Mohon maaf kepada pengunjung-pengunjung dan rakan PPG kerana blog tidak sempat untuk di'update' sebagai tatapan semua.. Apapun, jangan risau sebab selepas sahaja usai persekolahan, blog ini akan diutamakan 100%. JANJI!
Item-item pentaksiran yang dibina semasa menghadiri kursus baru-baru ini akan saya kongsikan kepada rakan-rakan opsyen sedikit hari lagi. Boleh digunakan untuk mentaksir murid-murid Tahun 2 pada tahun hadapan. Semoga blog ini sedikit sebanyak membantu anda semua.
Jumpa lagi...

BAHAN DUNIA MUZIK KSSR

DOKUMEN STANDARD DMZ KSSR TAHUN 1

STANDARD PRESTASI DZM KSSR TAHUN 1

DOKUMEN STANDARD DMZ KSSR TAHUN 2

STANDARD PRESTASI DMZ KSSR TAHUN 2

BUKU PANDUAN PENGAJARAN (MODUL) DMZ TAHUN 2

Saturday 5 November 2011

"Aku dan Muzik" kini BERMULA...

Selamat sejahtera dan salam 1Malaysia...

          Salam perkenalan kepada mereka yang pertama kali mengunjungi blog ini. Tujuan blog ini dibina adalah untuk memenuhi kerja kursus semester dua saya, bagi subjek Teknologi Maklumat Sekolah Rendah (KRT3013).
           Ini adalah pertama kali saya melibatkan diri dalam dunia blogger. Sebelum ini tidak pernah pun terfikir untuk membangunkan blog. Jadi sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau kecacatan, diharapkan mendapat tunjuk ajar dan komen membina dari anda semua.

          Buah cempedak di luar pagar,
          Ambil galah tolong jolokkan,
          Saya cikgu baru belajar,
          Kalau salah tolong tunjukkan.

Sekian, terima kasih.