DMZ KSSR UMUM

PENGENALAN STANDARD PRESTASI


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.


1.0        PENDAHULUAN
Dokumen Standard Prestasi bagi mata pelajaran Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dibina sebagai panduan untuk guru menambahbaik Pentaksiran Sekolah sejajar dengan pelaksanaan Pentaksiran Rujukan Standard.
Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini.
Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial


2.0        TAFSIRAN
2.1        Band
Satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan pelaporan individu.

2.2        Standard
Satu pernyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi gambaran holistik tentang individu.

2.3        Standard Prestasi
Pernyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan atau kemajuan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Pertumbuhan murid dijelaskan dengan satu atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

2.4        Deskriptor
Pernyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir dan dicapai.

2.5        Evidens
Murid - Pernyataan yang menerangkan tentang bagaimana murid melaksanakan apa yang dia tahu dan boleh buat berdasarkan deskriptor.
Instrumen - Bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak, laporan dan lain-lain.

2.6        Instrumen
Alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian secara lisan, demonstrasi atau ujian amali.


3.0        KERANGKA STANDARD PRESTASI
BAND
PERNYATAAN BAND
6
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali
5
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
4
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
3
Tahu, Faham dan Boleh Buat
2
Tahu dan Faham
1
Tahu

4.0        TAFSIRAN BAND
BAND
PERNYATAAN BAND
TAFSIRAN
6
Tahu, Faham Dan Boleh Buat Dengan Beradab Mithali
Murid mampu menzahirkan idea yang kreatif dan inovatif, mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran dalam kehidupan seharian serta boleh berbicara untuk mendapatkan dan menyampaikan maklumat menggunakan ayat yang sesuai secara bertatasusila dan menjadi contoh secara tekal.
5
Tahu, Faham Dan Boleh Buat Dengan Beradab Terpuji
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif.
4
Tahu, Faham Dan Boleh Buat Dengan Beradab
Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.
3
Tahu, Faham Dan Boleh Buat
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.
2
Tahu Dan Faham
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.
1
Tahu
Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.



CONTOH RPH UNTUK DMZ KSSR TAHUN 1 DAN TAHUN 2


Mata Pelajaran Kelas
Dunia Muzik
Kelas
1 Bunga Raya
Tajuk/Tema
Tempo
Masa
30 minit
Standard Pembelajaran
1.1.4 (nyatakan)
Objektif Pembelajaran

Pada akhir pnp, murid dapat :-
** Menyanyi Lagu ’Selamat
    Pagi’ mengikut tempo.
 
 
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
1.     
2.   1.  Murid mendengar lagu
          ‘Selamat Pagi’ sambil
           menepuk detik meter 4an 
           dengan bimbingan guru.
           CD1 Track 01.
6.     
7.   2.  Menyebut lirik lagu ‘Selamat
8.        Pagi’ dengan sebutan yang
9.        betul dengan bimbingan guru.

3.  Menyanyi lagu ‘Selamat Pagi’
     mengikut tempo dengan
     bimbingan guru. CD 1 Track
     01.

4.  Menyanyi lagu ‘Selamat Pagi’
     mengikut tempo. CD 1 Track 
     02.

5.  Menyanyi lagu ‘Selamat Pagi’
     mengikut tempo sambil
     menepuk detik lagu. CD 2
     Track 01 atau Track 02.
 
 
Elemen Merentas Kurikulum (EMK)
Kreativiti (nyatakan)
Bahan Bantu Belajar

CD 1 Track 01 dan 02

Penilaian pengajaran dan pembelajaran

Menyanyi mengikut tempo.

Refleksi

1.   90%  murid dapat menyanyikan lagu mengikut tempo.
2.   10% murid masih perlu di beri latihan menyanyi mengikut tempo

Tindakan Susulan
Pengukuhan aspek tempo menerusi aktiviti gerakan dan permainan alat muzik dalam pengajaran dan pembelajaran akan datang.