Thursday, 14 November 2013

Ba, Selamat Bercuti Kamurang...

Yahoooooo.....! "Cuti", terima kasih kerana hadir... Selamat bercuti kepada semua warga SK Pasir Puteh Keningau terutamanya geng BFF kak Jane, BFF Rohani, Sylvia, kak Cath, kak Hildah, kak Rosinah & semua rakan sidang petang.. he he. Jaga keselamatan dan kesihatan diri masing-masing ya sepanjang cuti ini. Semoga berjumpa lagi pada tahun hadapan. Bye!!

Tuesday, 17 September 2013

Merdeka 2013..

Hari Penutupan Bulan Kemerdekaan 2013 SK Pasir Puteh Keningau pada 13 September 2013 [Jumaat] menyaksikan seorang murid Tahun 1 Rafflesia [kelas saya.. merangkap my son...] EXTER RYAN EJ SOPIAN telah menjadi JOHAN Pertandingan Lagu-Lagu Patriotik.. Tahniah Ryan.. We are proud of you!! Teruskan usaha dan ketrampilan diri. Semoga menjadi anak yang baik dan murid yang mampu memberikan sumbangan kepada sekolah. Mudah-mudahan..." We Are Proud Of You Exter Ryan! "

Monday, 31 December 2012

Selamat Tahun Baru 2013

Happy New Year 2013!
Kini kita sudah sampai ke penghujung tahun 2012... Saya personally ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2013 kepada ibu saya yang tercinta Mdm. Moitah Fatima Ligom, ayah yang dikasihi Mr. Edgar Biteng Buquing, kakak saya Caroline Buquing, abang saya Victor Buquing, adik-adik saya Junior Buquing, Edwin Buquing, Lyn'd'amor Buquing, Carmelita Buquing, dan Petricia, my husband yang tersayang Sopian Jhonnis, kedua-dua my Ryan & Rara, ibu mentua Mdm. Loyah Bantilan, ipar-ipar, aunty-uncle saya, kazen-kazen saya, kawan-kawan saya Rohani Madan, Jane Lim, Kartinah Narion, Rosnani Sanib, Ervina Thien, Hanieyati Mokhtar, Wasniah Mohd Ali, Ahinah Lajuman, Hilda Majail, Kasmini Rasimin, Chua Eng Hai, Sylvia Simon, Sauyah Lajim, Md Faizazul Bahreen Nizam, Mohd Zamzuri Awang Besar, Muhd Azhan Ismail, Rosinah Angampun, rakan-rakan MU/PM 037 (2003-2005) MP Kent Tuaran, Sir Soh Chin Kui, Miss Loi Ling Ju, rakan-rakan setugas di SK Pasir Puteh Keningau, dan mereka yang mengenali diri saya... Maafkan salah dan silap saya, jika ada terkasar bahasa dan melakukan perbuatan yang menguris hati semua orang, ribuan maaf saya pohon... Dan semoga kita semua mendapat keberkatan daripada Tuhan dan semoga tahun 2013 ini menjadi tahun yg cemerlang kepada kita semua. Mudah-mudahan.... :-)

Sunday, 18 December 2011

Lirik Lagu DMZ Tahun 2


AYAM DIDIK

 Dimana dia sayang adikku tadi
Dimana dia sayang adikku tadi
Adikku seorang manja tersangat manja
Adikku seorang manja tersangat manja

Dimana dia sayang didikku tadi
Dimana dia sayang didikku tadi
Padiku tumpah di bawah tangga
Padiku tumpah di bawah tangga

Lirik Lagu DMZ Tahun 2

TIDURLAH ADIK

Tidurlah adikku sayang
Tidurlah jangan menangis
Pejamkan matamu oh sayang
Akan ku dodoi mu oh adik
Esok kitakan main lagi
Tidur adikku sayang

Lirik Lagu DMZ Tahun 2

MAIN MUZIK

Mainkan bes dram
boom boom boom

Main kerincing ting ting ting
Main kastanet tap tap tap
Main loceng ring ring ring

Lirik Lagu DMZ Tahun 2

BUNYI PERKUSI

Bunyi kerincing ting ting
Ting ting ting ting ting ting
Bunyi kastanet tap tap
Tap tap tap tap tap tap

Lirik Lagu DMZ Tahun 2


SEE SAW 

Down and up down and up
We are on a see saw
Down and up down and up
We are having so much fun
 
Up and down up and down
We can try to reach the sky
Up and down up and down
Now it’s time to say goodbye

Lirik Lagu DMZ Tahun 2

MARI BERGERAK
 
Tepuk tangan petik jari
Goyang pinggul dan pusing kiri
Cari kawan hulur tangan
Beri Salam dan pusing kanan
 
Ke depan ke b’lakang
Pimpin tangan dan pusing kawan
Ke depan ke b’lakang
Pimpin tangan dan pusing kawan

Sunday, 20 November 2011

TERKINI DARIPADA SAYA...

Hari ini, beberapa bahan telah saya masukkan ke dalam halaman-halaman dalam blog saya seperti Dokumen Standard KSSR, Standard Prestasi KSSR, contoh borang-borang pentaksiran, contoh item-item pentaksiran mengikut Band, konsep Muzik, contoh Rancangan Pengajaran Tahunan, format Rancangan Pengajaran Harian untuk KSSR dan banyak lagi.. Semuanya mengikut tahun/darjah..
JOMLah jenguk-jenguk blog saya.
Semoga dapat membantu sedikit sebanyak rakan-rakan sekalian terutamanya rakan opsyen..

Tuesday, 15 November 2011

Tatapan Hari Ini

Tok! Tok! Tok!...
Minggu-minggu akhir persekolahan memang amat sibuk dan memenatkan sehingga terbengkalai dan terabai tugasan Teknologi Maklumat Sekolah Rendah yang telah diberi ini. Minggu lalu kursus, minggu ni kursus, minggu depan lagi kursus. Mesyuarat Pengurusan, Kursus Dalaman, Majlis Anugerah Kecemerlangan, Hari Pelanggan, Tandatangan Buku Rekod, lain-lain program sekolah... Aduhai...
Mohon maaf kepada pengunjung-pengunjung dan rakan PPG kerana blog tidak sempat untuk di'update' sebagai tatapan semua.. Apapun, jangan risau sebab selepas sahaja usai persekolahan, blog ini akan diutamakan 100%. JANJI!
Item-item pentaksiran yang dibina semasa menghadiri kursus baru-baru ini akan saya kongsikan kepada rakan-rakan opsyen sedikit hari lagi. Boleh digunakan untuk mentaksir murid-murid Tahun 2 pada tahun hadapan. Semoga blog ini sedikit sebanyak membantu anda semua.
Jumpa lagi...

BAHAN DUNIA MUZIK KSSR

DOKUMEN STANDARD DMZ KSSR TAHUN 1

STANDARD PRESTASI DZM KSSR TAHUN 1

DOKUMEN STANDARD DMZ KSSR TAHUN 2

STANDARD PRESTASI DMZ KSSR TAHUN 2

BUKU PANDUAN PENGAJARAN (MODUL) DMZ TAHUN 2

Saturday, 5 November 2011

"Aku dan Muzik" kini BERMULA...

Selamat sejahtera dan salam 1Malaysia...

          Salam perkenalan kepada mereka yang pertama kali mengunjungi blog ini. Tujuan blog ini dibina adalah untuk memenuhi kerja kursus semester dua saya, bagi subjek Teknologi Maklumat Sekolah Rendah (KRT3013).
           Ini adalah pertama kali saya melibatkan diri dalam dunia blogger. Sebelum ini tidak pernah pun terfikir untuk membangunkan blog. Jadi sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau kecacatan, diharapkan mendapat tunjuk ajar dan komen membina dari anda semua.

          Buah cempedak di luar pagar,
          Ambil galah tolong jolokkan,
          Saya cikgu baru belajar,
          Kalau salah tolong tunjukkan.

Sekian, terima kasih.